Tuesday, August 11, 2009

POST-IMPRESSIONISME

Post Impressionisme wujud antara tahun 1880 hingga tahun 1910. Istilah Post Impressionisme diberi oleh pengkritik seni dari England iaitu Roger Fry dan Clive Bell. Pengkarya pada aliran ini juga tidak mementingkan perspektif dalam penghasilan karya. Mereka melukis dan mewarna gambar yang sama tetapi dari sudut yang berbeza dan lukisan dalam bentuk yang tidak lengkap yang menimbulkan impresi stail yang spontan serta kekayaan pada jalinan lukisan tersebut. Namun mereka tidak meniru bentuk sesuatu yang hidup tetapi mencari persamaan seni kepada yang hidup dan mereka membuat imej secara logik, berupaya menarik daya imaginasi dan pengamatan audien.

Terdapat beberapa perbezaan dan persamaan antara aliran Impressionisme dan Post-Impressionisme. Antara perbezaan tersebut ialah aliran Impressionisme mementingkan apa yang dilihat manakala aliran Post-Impressionisme pula mementingkan struktur dari imej gambar. Selain itu, pelukis atau pengkarya pada zaman Impressionisme menggunakan warna yang cerah tanpa menggunakan warna hitam, manakala pengkarya pada zaman Post-Impressionisme pula menggunakan warna dari kumpulan yang sama tanpa memberi perhatian pada jarak dan kedudukan objek. Pengkarya pada zaman Impressionisme menganggap seni adalah baeasakan sains tetapi pengkarya aliran Post-Impressionisme beranggapan bahawa seni adalah seni dan tiada kaitan dengan sains. Persamaan kedua-dua aliran ini pula ialah mereka berkarya di luar studio dan melukis gambar dari kedudukan dan teknik catan yang pelbagai.


Tajuk : Mountains at Saint-Remy
Pengkarya : Van Gogh
Tahun : 1889
Media: oil on canvas
Saiz : 71.8 x 90.8 cm (28 1/4 x 35 3/4 in)
Koleksi : Solomon R. Guggenheim Museum, New York



Tajuk : The Card Players
Pengkarya : Paul Cezzane.
Tahun : 1890-1892
Media : oil on canvas
Saiz : 134 x 181.5 cm
Koleksi : The Barnes Foundation, Merion,
Pennsylvania



Tajuk : Tahitian Women [On the Beach])
Pengkarya : Eugene Henri Paul Gauguin
Tahun : 1891
Media : oil on canvas
Saiz : 69 x 91 cm (27 1/8 x 35 7/8 in)
Koleksi : Musee d'Orsay, Par

No comments:

Post a Comment