Tuesday, August 11, 2009

Ekspressionisme

Ekspressionisme merupakan aliran yang mementingkan emosi, perasaan, deria, ekspresi dan pandangan peribadi terhadap subjek serta mementingkan pengalaman hidup. Karya-karya pada zaman ini banyak dihasilkan dengan memaparkan pengalaman dan perasaan ke dalam karya melalui pengunaan warna. Selain itu, keistimewaan aliran ini ialah pengkarya mula melukis figurative yang dipiuhkan iaitu lebih kepada abstrak dan figura yang dimanipulasikan kerana bentuk figura manusia diubah namun masih menyerupai manusia dan figura manusia juga dilukis dengan irama yang melentok-lentok.
Karya-karya yang dihasilkan pada zaman ini juga menggunakan warna terang dan kontras dan tidak mengikut warna asal objek yang ditiru atau dilukis. Selain itu, pengkarya pada zaman ini tidak mementingkan perspektif dan melukis tanpa kadar banding, mereka juga melukis secara spontan tanpa membuat lakaran awal objek yang dilukis .


Tajuk : Self Potrait with Black Vase
Pengkarya : Egon Schiele
Tahun :1911
Media : oil on wood
Saiz : 110 x 35.5 cm (43 x 14 1/4 in)
Koleksi : Historiches Museum der Stadt, Wien/
Vienna


Tajuk :The Dance of Life
Pengkarya : Edvard Munch
Tahun :1899-1900
Media : Oil on canvas
Saiz : 49 1/2 x 75 in
Bahan : National Gallery, Oslo


Tajuk : The Three Kings
Pengkarya : Emil Nolde
Tahun : 1913
Media : color lithograph
Saiz : 24 ¼ x 21 in (64.5 x 53.6)
Koleksi : Cincinnati Art Museum, OH. See

No comments:

Post a Comment