Tuesday, August 11, 2009

POST-IMPRESSIONISME

Post Impressionisme wujud antara tahun 1880 hingga tahun 1910. Istilah Post Impressionisme diberi oleh pengkritik seni dari England iaitu Roger Fry dan Clive Bell. Pengkarya pada aliran ini juga tidak mementingkan perspektif dalam penghasilan karya. Mereka melukis dan mewarna gambar yang sama tetapi dari sudut yang berbeza dan lukisan dalam bentuk yang tidak lengkap yang menimbulkan impresi stail yang spontan serta kekayaan pada jalinan lukisan tersebut. Namun mereka tidak meniru bentuk sesuatu yang hidup tetapi mencari persamaan seni kepada yang hidup dan mereka membuat imej secara logik, berupaya menarik daya imaginasi dan pengamatan audien.

Terdapat beberapa perbezaan dan persamaan antara aliran Impressionisme dan Post-Impressionisme. Antara perbezaan tersebut ialah aliran Impressionisme mementingkan apa yang dilihat manakala aliran Post-Impressionisme pula mementingkan struktur dari imej gambar. Selain itu, pelukis atau pengkarya pada zaman Impressionisme menggunakan warna yang cerah tanpa menggunakan warna hitam, manakala pengkarya pada zaman Post-Impressionisme pula menggunakan warna dari kumpulan yang sama tanpa memberi perhatian pada jarak dan kedudukan objek. Pengkarya pada zaman Impressionisme menganggap seni adalah baeasakan sains tetapi pengkarya aliran Post-Impressionisme beranggapan bahawa seni adalah seni dan tiada kaitan dengan sains. Persamaan kedua-dua aliran ini pula ialah mereka berkarya di luar studio dan melukis gambar dari kedudukan dan teknik catan yang pelbagai.


Tajuk : Mountains at Saint-Remy
Pengkarya : Van Gogh
Tahun : 1889
Media: oil on canvas
Saiz : 71.8 x 90.8 cm (28 1/4 x 35 3/4 in)
Koleksi : Solomon R. Guggenheim Museum, New York



Tajuk : The Card Players
Pengkarya : Paul Cezzane.
Tahun : 1890-1892
Media : oil on canvas
Saiz : 134 x 181.5 cm
Koleksi : The Barnes Foundation, Merion,
Pennsylvania



Tajuk : Tahitian Women [On the Beach])
Pengkarya : Eugene Henri Paul Gauguin
Tahun : 1891
Media : oil on canvas
Saiz : 69 x 91 cm (27 1/8 x 35 7/8 in)
Koleksi : Musee d'Orsay, Par
NEO-KLASIK

Zaman Neo-Klasik ini telah wujud sekitar tahun 1770 hingga tahun 1830. ’Neo’ bermaksud ’baru, menghidup semula, ,memberi nafas baru, modenasi dan diperbaharui’. ’Klasik’ bermaksud sesuatu yang tiggi nilainya, terpuji, terkenal kerana di dalamnya mempunyai sejarah dan seni’. ’Neo-Klasik’ bermaksud menghidupkan semula kesenian zaman klasik. Selain itu, neo-klasik juga bermaksud ’dihidupkan kembali supaya konsisten, pengetahuan serta pemikiran terbuka kepada masyarakat umum. Aliran ini adalah berkonsepkan kecantikkan yang berwatak baik seperti yang terdapat dalam karya Leonardo, Michelangelo dan Rapheal.
Secara keseluruhannya, kebanyakkan karya yang dihasilkan dipengaruhi dari seni klasik Greek. Potret figura yang dihasilkan sangat menarik dan pengkaryanya amat berhati-hati dalam menghasilkan penetapan dan penetian yang kemas serta realistik.


Tajuk :JacMarat Assassinated
Pengkarya : Jacques-louis David
Tahun :1793
Media :oil on canves
Saiz : 165 x 128.3 cm (65 x 50.5 )
Koleksi : Musees Royaux des Beauux-Arts de Belgique



Tajuk : Pauline Eleanore de Galard de Brassac de Bearn, Princesse
De Broglie
Pengkarya : Jean Auguste Dominique Ingris
Tahun : 1853
Media : Oil on canves
Saiz : 47 ¾ x 35 ¾ in
Koleksi : The Metropolitan Museum of Art, New York



Tajuk : Self Portrait.
Pengkarya : Louise- Elisabeth Vigee-Lebrun
Tahun : 1800
Media : Oil on canves
Saiz : 78.5 x 68cm
Koleksi : The Hermitage, St Petersburg, Russia




Tajuk : The Oath of Horatti
Pengkarya : Jacques-Louis David
Tahun : 1784-1785
Media : oil on canvas
Saiz : 4.27 x 3.35 m
Koleksi : Louvre, Paris
ROMANTISME
Romantisme merujuk kepada kata asalnya iaitu ‘romance’. Perkataan tersebut merujuk kepada kemuliaan, sentiment terhadap wira dan kepujian terhadap sesuatu. Zaman awal abad ke-19 ini juga dikenali sebagai zaman ‘sensibility’. Zaman Romantisme ini mementingkan pelukis aliran yang menggunakan sejarah, keindahan, landskap, alam benda, dan kehidupan seharian sebagai subjek lukisan mereka. Ia mementingkan rasa sumulajadi terhadap sesuatu. Dari segi perasaan pula, ia lebih kepada perasaan semulajadi yang lahir daripada hak peribadi dan emosi individu. Aliran romantisme juga mementingkan kebebasan yang tidak terikat dengan mana-mana undang-undang seperti aliran neo-klasik sebelum ini. Kebebasan dalam berkarya melalui aliran seni romantisme ini telah membawa kepada perubahan pemikiran dalam seni.



Tajuk : Algerian Women in Their Apartments
Pengkarya : Delacroix Eugene
Tahun : 1834
Saiz : 180 x 229 cm (71 x 90.25 in )
Koleksi : Musee du Louvre, Paris


Tajuk : Landscape: Boys Fishing
Pengkarya : John Constable
Tahun : 1813
Media : Oil on canvas
Koleksi : National Trust, Fairhaven Collection, Anglesea
Abbey, UK.


Tajuk : The Colossus
Pengkarya : Francisco de Goya
Tahun : 1808
Media : Oil on canvas
Saiz : 45.75 x 41.25 in
Koleksi : Museo del Prado, Madrid
FAUVISME
Pengkritik seni memberi gambaran bahawa karya-karya yang dihasilkan oleh pelukis pada zaman fauvisme membawa makna “Binatang buas’. Karya aliran ini dihasilkan dengan menggunakan warna panas, cerah dan segar seperti warna orange dan merah serta warna biru tua. Selain itu mereka banyak menggunakan warna primer dan menggunakan warna tersebut terus dari botol tanpa melakukan campuran dengan putih dan hitam untuk menimbulkan ton warna. Dari segi penggunaan warna juga, mereka mengecat karya mereka dengan tebal sehingga menimbulkan kesan tempelan yang tebal sehingga dapat dirasai melalui sentuhan dan ini merupakan teknik impasto yang telah dihasilkan oleh mereka tanpa mereka sedari.


Tajuk : La Musique
Pengkarya : Henri Matisse
Tahun : 1939
Media : Oil on canvas
Saiz : 115.2 x 115.2 cm (45 3/8 x 45 3/8 in)
Koleksi : Albright-Knox Art Gallery, Buffalo, NY



Tajuk :Harlequin and Pierrot,
Pengkarya : André Derain
Tahun :1924
Media : Oil on canvas
Saiz : 175 x 175 cm


Tajuk : Deux fillettes, fond jaune et rouge
Pengkarya : Henri Matisse
Tahun : 1947
Media : oil on canvas
Saiz : 61 x 29 3/8 
Koleksi : Barnes Foundation, Merion, PA
SURRELISME

Aliran ini diperkenalkan oleh Guillaume Appinaire di Zurich pada tahun 1916. Aliran ini merupakan seni moden barat yang berkait dengan alam bawah sedar. Karya-karya yang digasilkan adalah imej-imej yang wujud dalam alam mimpi dan idea adalah berhubung rapat dengan kehidupan sebenar dan direalisasikan dengan sifat alam bawah sedar. Oleh itu, gambaran karya yang dihasilkan kelihatan agak keterlaluan dan tidak dapat diterima akal atau terkeluar dari batas sebenar sifat kemanusiaan


Tajuk : Love Song
Pengkarya : Giorgio de Chirico
Tahun : 1914
Media : oil on canvas
Saiz : 73 x 59.1 cm
Koleksi : The Museum of Modern Arts, New York, NY, USA


Tajuk : The Persistence of Memory
Pengkarya : Salvador Dali
Tahun : 1931
Media : oil on canvas
Saiz : 24 x 33 cm
Koleksi : Museum of Modern Art, New York


Tajuk : Soft Construction with Boiled Beans
Pengkarya : Salvador Dali
Tahun : 1936
Media : oil on canvas
Saiz : 100 x 99 cm
Koleksi : Philadelphia Museum of Art, Philadelphia
REALISME
Aliran realisme bermula di Eropah barat pada zaman 70-an. Aliran ini mementingkan alam semula jadi dan keaslian dalam bentuk visual yang digambarkan secara nyata yang tidak ada kaitan dengan emosi dan juga perasaan. Hasil karya yang dihasilkan adalah berpandukan kepada apa yang wujud ia mementingkan kebenaran dan ketepatan dalam semua objek yang digunakan melalui imej secara realistik pada pandangan mata.


Tajuk : A Girl With a Watering Can
Pengkarya : Pierre Augeste Renoir
Tahun : 1876
Media : Oil on canvas
Saiz : 100 x 73 cm (39 1/2 x 28 3/4 in)
Koleksi : The National Gallery of Art, Washington, D.C.


Tajuk : On the Terrace
Pengkarya : Pierre Augeste Renoir
Tahun : 1881
Media : Oil on canvas
Saiz : 100.5 x 81 cm
Koleksi : The Art Institute of Chicago, Mr. and Mrs. Lewis
Larned Collection


Tajuk : Wandering Saltimbanques
Pengkarya : Honore Daumier
Tahun : 1847-1850
Media : Oil on wood
Saiz : 32.6 x 24.8 cm (12 7/8 x 9 3/4 in)
Koleksi : The National Gallery of Art, Washington, D.C.
Renaissance
Aliran ini merupakan zaman pergerakan budaya yang bermula dari sekitar kurun ke-14 hingga kurun ke-17. Seni Renaissance terbahagi kepada 3 perkembangan mengikut kawasan iaitu Renaissance Awal di Italy (The Renaissance in Florence), Renaissance Pertengahan di Italy (The Renaissance in Venice) dan Renaissance di kawasan Utara (Northern Renaissance). Tokoh yangg terkenal dalam aliran ini seperti Leonardo Da Vinci, Michelangelo, dan Giotto Frescoes


Tajuk : The Last Supper
Pengkarya : Leonardo Da Vinci
Tahun : 1498
Saiz : 460 x 880cm
Koleksi : Convent of Santa Maria delle
Grazie (Refectory), Milan


Tajuk : Virgin and Child with Saints and Donor
Pengkarya : Van Eyck
Tahun : 1441
Media : oil on wood
Koleksi : . The Frick Collection, New York, USA.


Tajuk : The Holy Family with the infant St. John the Baptist (the Doni Tondo)
Pengkarya : Michelangelo
Tahun : 1503-1505
Media : Tempera on panel
Saiz : Diameter 120 cm (47 in)
Koleksi : Uffizi, Florence